Berikutan Kenyataan Media Jabatan Perdana Menteri pada hari Selasa, 4 Rabiulakhir 1443 bersamaan 9 November 2021 bagi mengumumkan permulaan Fasa Peralihan di bawah Rangka Kerja Pelan Pemulihan Kebangsaan COVID-19 pada hari Jumaat, 14 Rabiulakhir 1443 bersamaan 19 November 2021., Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dengan ini ingin memaklumkan mengenai kemaskini pembukaan perkhidmatan-perkhidmatan kaunter Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan.