Jabatan Bandaran Bandaran Bandar Seri Begawan akan membukakan permohonan bagi mendapatkan petak untuk berjaja di Gerai Ramadhan bagi Daerah Brunei dan Muara Tahun 1444/2023 di kawasan Lapang Letak Kereta, Jalan Bendara, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.
Permohonan dibukakan khusus kepada warga negara dan penduduk tetap, Negara Brunei Darussalam yang bermastautin di Daerah Brunei dan
Muara sahaja dan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun.
Untuk makluman, setiap permohonan hanya dibenarkan bagi SATU(1) KATEGORI sahaja.
Permohonan bagi mengikuti jualan berkenaan bermula 12 JANUARI 2023 HINGGA 28 FEBRUARI 2023 yang mana boleh didapati pada syarikat yang dilantik dialamat seperti berikut :-
AIZ EVENT PLANNER & MANAGEMENT
Unit 45, Tingkat 1, Simpang 75
Kompleks Perdagangan Anggerek Desa, Jalan Kebangsaan
No Tel Syarikat : +673 8320266
Bagi sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Bahagian Perekonomian, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan melalui talian hotline +673 8778770 atau ditalian 2232424 sambungan 153.