SEJARAH PERKEMBANGAN |
1953 | Semasa pemerintahan gemilang Al-Marhum Sultan Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Bandar Brunei telah bertukar corak dari sebuah bandar kecil kepada sebuah bandar moden. |
1959 | Pegawai Daerah Brunei dan Muara dilantik selaku Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan dan ketua Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan oleh British Resident. |
1970 | Sebagai mengenang jasa Al-Marhum Sultan Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II dalam memajukan pembangunan Negara Brunei Darussalam dan memodenkan Bandar Brunei maka pada tarikh 4 Oktober 1970 Bandar Brunei ditukar namanya kepada Bandar Seri Begawan. |
1972 | Pelantikan seorang Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan yang juga berperanan sebagai Ketua Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan.
|